Char Koey Teow Pulau Jerjak

04-05-07_2204

Delila@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 Org )

  • 600g koey teow
  • 1 cawan kerang (rebus dan kopek)
  • 10 ekor udang sederhana besar
  • Segenggam tauge
  • Segengam daun kuchai
  • 2 biji telur

BAHAN KICAP KOEY TEOW

  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 5 tangkai cili kering (kisar)
  • 10 ekor udang (buang kulit,rebus)
  • 8 sudu besar kicap
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam,MSG dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

  • Kisar semua bahan-bahan kicap koew teow dengan air rebusan udang hingga lumat.Masakkan di atas api kecil hingga masak.Jangan terlalu pekat.Jika pekat tambah air.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis.Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan udang dan tambahkan sedikit air.
  • Bila udang kemerahan, masukkan bahan-bahan kicap yang telah dikisar dan dimasak terlebih dahulu tadi.Jangan terlalu banyak.Ikut citarasa anda sama ada banyak atau sikit kerana bahan kicap ini boleh diguna banyak kali.
  • Masukkan koey teow.Kacau dengan cepat dan sebentar sahaja.Masukkan pula telur.Kacau rata.
  • Masukkan kerang, tauge dah kuchai.Goreng hingga sebati tapi jangan sampai kering.
  • Angkat dan hidang panas-panas.

0 comments:

Post a Comment