LAKSA SOTONG MAMBOO


Phpktgkxapm

Laksa ala org utara... siap ada sambal sotong lagi

Bahan-bahan ( 6 hingga 8 org )

  • 1 kg laksa (dicelur)
  • 1 kg ikan kembung atau sardin
  • 2 batang bunga kantan
  • 5 keping asam gelugur
  • 10 biji cili padi, 5 biji cili besar
  • 1 tangkai daun kesum
  • 2 sudu besar otak udang
  • 4 liter air
  • 1 biji timun (dihiris)
  • 6 helai daun salad (dihiris)
  • 4 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Garam secukup rasa
  • Ajinamoto secukup rasa
  • Sedikit belacan asli
  • Sedikit sambal sotong (lebih kurang 12 - 16 ekor)

Cara-cara

  • Hendaklah direbus ikan, asingkan tulang dan isi, tulang hendaklah di blender hingga halus.
  • Tuangkan air blender tulang tadi ke dalam periuk. Isi ikan boleh ditumbuk (jika mahu sedap) jika malas bolehlah blender saja
  • 1/2 biji bawang besar, 1/4 bunga kantan, sedikit belacan dan cili kisar diblender sekali
  • Selepas selesai blender, masukkan ke dalam periuk dan campurkan dgn isi ikan dan boleh masuk daun kesum, asam keping, otak udang(petis udang)garam serta ajinamoto secukup rasa.
  • Tunggu sehingga mendidih... lebih kurang 15 - 25 minit
  • Laksa hendak direbus hingga lembut
  • Bawang besar, cili besar, cili padi, daun salad, bunga kantan serta timun bolehlah hiris halus
  • Ditambah dengan sambal sotong yang telah disediakan... ikut la berapa ekor untuk setiap pinggan aggaran 12 - 16 ekor
  • Setelah selesai Laksa Sotong Mamboo bolehlah disediakan....

0 comments:

Post a Comment