Udang bendi lemak kuning

Mlemak1

ringkas dan ummphh.

Bahan-bahan ( 2-4 orang )

  • 15 ekor udang basah (dibuang kulit dan dibelah belakang)
  • 2 cawan santan
  • 15 batang bendi
  • 7 batang cili api (+.-, di kisar halus)
  • 1 biji bawang besar (di belah 6)
  • 1 batang serai (di titik)
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 asam keping (kecil)
  • Sedikit garam

Cara-cara

  • Masukkan santan + kunyit+ serai+bawangdan cili padi, kacau sehingga mendidih. Kemudian masukkan udang + bendi dan garam.
  • Kacau seketika dalam 2-3 minit. Selepas itu letak asam keping. Angkat. Siap untuk di santap.
  • jangan masak terlalu lama , isi udang akan mengecut dan bendi akan menjadi lembik. Sentiasa kacau agar kuah ni tak pecah minyak.

0 comments:

Post a Comment