MARBLE MARSHMALLOW


Dsc00092

Bahan-bahan ( 8x8' tray )
  • 2 cawan gula
  • 1 sudu besar liquid glucose
  • 30 gm serbuk gelatin
  • 3/4 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji putih telur
  • pewarna (saya guna pink)
  • minyak masak (untuk gris loyang)
  • *3/4 cawan air - utk buat gelatin
  • *3/4 cawan air - utk buat liquid glucose

Cara-cara

  • griskan loyang dengan sedikit minyak masak, ketepikan.
  • utk adunan glucose, masukkan gula, liquid glucose dan 3/4 cawan air ke dalam periuk kecil. Masak dgn api sederhana sehingga gula larut dan mendidih. Tutup api.
  • Utk adunan gelatin pula, sediakan 3/4 cawan air di dalam bekas tahan panas.
  • Taburkan gelatin dan biarkan melarut selama 5 minit. Lepas tu, ambil bekas dan letak dalam double boiler.
  • Kacau kejap jer utk pastikan gelatin benar2 larut. Masukkan esen vanilla. Tutup api dan satukan dgn adunan glucose tadi. Ketepikan.
  • Dgn menggunakan mixer, pukul putih telur sampai kembang dan muncul soft peak. Kemudian, masukkan adunan gelatin+glucose tadi dan pukul dengan kelajuan paling tinggi selama 12-15 minit (sampai adunan menjadi tebal dan gebu).
  • Masuk adunan ke dalam loyang. Letak 3-4 titik pewarna dan buat corak marble di atas nya dgn lidi. Biar adunan mengeras semalaman (jgn ditutup).
  • Dsc00118
    TIP 1:
  • Potong ikut shape segiempat tepat setebal 2 inci dgn pisau basah. Basahkan tangan sewaktu memotong sbb marshmellow mmg melekit.
*Tips 2:
  • Salut dgn sedikit tepung jagung (yg dah diayak) dan biarkan kering sblm letak dalam bekas kedap udara.

0 comments:

Post a Comment