KUIH KASWI


Step_by_step_787

sedap dan kenyal2 manja lagi!!!!

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )

BAHAN A :-)
  • 350 g gula melaka (mat guna 300 g)
  • 240 g gula pasir
  • 450 ml air
  • 2 helai daun pandan, disiat dan simpul

BAHAN B :-)
  • 190 g tepung gandum*
  • 120 g tepung ubi*
  • 60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
  • 900 ml air
  • 2 camca besar air abu (alkaline water)
  • 3/4 camca besar air kapur
  • 1 camca besar pewarna coklat

BAHAN C :-)
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. Step_by_step_840
    Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
  2. Step_by_step_841
    Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
  3. Step_by_step_842
    Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
  4. Step_by_step_847
    Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.

KATA2 DARI MAT GEBU:-

  • Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..

0 comments:

Post a Comment