MEE SIAM KELUARGA D


Meesiam

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 1 bungkus bee hoon cap lada merah (dicelur dengan air panas dan ditoskan)
  • 1/2 kilo tauge, dibersihkan
  • 6 - 8 batang daun kucai, dipotong sepanjang 1 inci
  • 750 ml air
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka
  • minyak untuk menumis
#Bahan untuk dikisar #
  • 20 tangkai lada kering, direndam dengan air panas
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan
  • 1/2 cawan udang kering, direndam dan dibersihkan
  • 1 cawan taucu (dicuci dengan air sebanyak 3 kali untuk hilangkan masinnya)
# Bahan untuk hiasan #
  • 5 biji telur, (direbus, kupas kulitnya dan potong 2)
  • limau kasturi, dibelah 2
  • sambal tumis, jika suka

Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Rempah yang telah garing ambil 1/2 cawan diketepikan untuk kuahnya.
  • Rempah yang dalam kuali, masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  • Masukkan mi, tauge dan daun kucai. Gaul sebati hingga masak. Ketepikan.
Cara untuk kuahnya -
  • Rempah yang telah diketepikan tadi dimasukkan dalam periuk. Masukkan 1/2 cawan gula, garam dan serbuk perasa jika suka.
  • Masukkan pula air asam dan air. Masak sehingga mendidih.
Cara untuk menghidang -
  • Letak mee dalam mangkuk. Tuang kuahnya dan hiaskan dengan telur rebus, limau kasturi dan sambal tumis jika suka.

0 comments:

Post a Comment