SOTO AYAM


Img_0118

Bertambahla lazat dgn bergedil

Bahan-bahan ( 2-3 org kot )

  • 1 ekor ayam - direbus
  • Sup Bunjut ADABI
  • B.merah, b.putih, halia - ditumis
  • Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik
  • Suhun - digoreng
[Hiasan]
  • Bawang goreng
  • Daun Bawang
  • Daun Sup
[Bahan kicap]
  • 20 batang cili padi
  • 2 ulas b.putih
  • 1/2 cawan kicap manis

Cara-cara

  • Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa.
  • Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
  • Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau.
  • Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yg direbus tadi.
  • Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
  • Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
  • Selepas goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.
Untuk kicap
  • kisar semua bahan kicap dan ratakan.
Untuk resipi bergedil pula,
  • sila ke sini *Saya menggunakan resipi bergedil yg same cam kat link ni.
  • Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
  • Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

0 comments:

Post a Comment