MEE SEGERA YUM


05-05-07_1507

Resipi pantas.

Bahan-bahan ( 1 Orang )

  • 1 paket mi segera
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 1 biji telur
  • 1 biji cili merah (dihiris bulat)
  • 3 biji cili api (dihiris bulat)
  • Sedikit sawi, daun sup, daun bawang (dihiris panjang)
  • Minyak untuk menumis
  • Air

Cara-cara

  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum
  • Masukkan air dan perencah mi segera.Biarkan mendidih.
  • Masukkan mi segera.Biarkan seketika.
  • Masukkan tomato, sawi, daun sup, daun bawang, cili merah, cili api.Biar seketika.Masukkan telur.Setelah masak bolehlah dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment