Sambal Sempoi


Dsc04093

Sambal express yg kick!!! Sedap dimakan b'sama nasi panas.


Bahan-bahan ( 2 Orang )

  • Setengah genggam ikan bilis
  • 1 biji kentang - dihiris nipis.klu kentang tu kecik tambahla lg sebiji dua
  • 2-3 ulas bawang merah
  • 5-7 biji cili padi
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis
  • * pd sesapa yg tak tahan pedas tu bolehla gantikan cili api dgn lada.tp klu nak sedap,letakla 2-3 biji cili padi sbb rasa pedas tu la yg buat sambal ni kick.nak tambah tempe goreng yg dihiris nipis pun ok gak.

Cara-cara

  • Ikan bilis & kentang digoreng berasingan sehingga garing.
  • Cili padi & bawang ditumbuk sehingga agak lumat.Ayu campur sekali garam masa menumbuk bahan2 ni.
  • Tumis bahan yg telah ditumbuk sehingga agak garing.
  • Masukkan air asam jawa & kacau sebentar.Tambah sikit gula utk mengimbangi rasa.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis & kentang.Kacau seketika biar sebati sebelum diangkat.Siap!!!

0 comments:

Post a Comment