Mixed Vegetable Breads


Mixed_vege_bread_12

dah banyak kali D buat, puas hati dengan hasilnya macam kat kedai roti...


Bahan-bahan ( 10 - 12 biji )



Bahan A
  • 440 gram tepung roti/ high protein flour
  • 60 gram tepung superfine
  • 100 gram gula
  • 1 sudu teh garam halus
  • 30 gram (2 sudu besar) susu tepung
  • 1 sudu teh bread improver
  • 4 sudu teh (1 paket) yis kering
Bahan B
  • 250 ml air
  • 1 biji telur (pukul sikit)
Bahan C
  • 80 gram shortening
Untuk Inti Sayur Campuran
  • sayur campur
  • crabstick, disiat-siat
  • mayonnaise
  • Cara-cara


  • Mixedvegebread1-letakhotdog
    Canai doh empat persegi dan letakkan hotdog dihujung doh.
  • Mixedvegebread2-gulunghotdog
    Kemudian gulung doh yang mengandungi hotdog.
  • Mixedvegebread5-lebihmudahpotongdan
    Letakkan gulungan roti hotdog diatas loyang dan mula bentukkan roti. Menggunakan gunting potong serong 45 darjah.
  • Setiap kali gunting tolak doh yang telah digunting kekanan dan kekiri berselang seli sehingga habis.
  • Mixedvegebread6-3rdtrybentukkan
    Beginilah hasil roti yang telah dibentukkan.
  • Mixedvegebread8-walaaarotiyangdiben
    Roti yang telah dibentukkan.
  • Mixedvegebread9-rotisetelahdiperap
    Roti yang telah diperap dan hendak dibakar.
  • Mixedvegebread10-chilliandmayonaise
    Sos cili dan mayonnaise yang D sediakan didalam beg plastik supaya mudah untuk paipkan diatas roti.
  • Mixedvegebread11-pipesoscilidanmayo
    Bila roti telah 3/4 masak taburkan atasnya dengan mixed vegetables dan bakar selama 3 minit. Kemudian paipkan sos cili dan mayonnaise dan bakar lagi selama 3 minit.
Untuk Inti Sayur Campuran -
  • Bahan diatas digaul rata. Roti yang telah dibentukkan disapu dengan 1 biji telur yang telah dipukul dan dicampur dengan 1 sudu besar susu segar.
  • Kemudian bakar setengah masak. Keluarkan dan letakkan mixed vegetables filling diatas roti dan juga sapu sedikit lagi bancuhan telur ditepi roti.
  • Sambung bakar sehingga warna serata. Bila roti telah masak, keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega. Ini supaya roti lembut.
  • Kemudian pipekan sos cili dan juga mayonnaise. Masukkan kedalam oven selama 1 minit dan keluarkan. Sedia untuk dihidang.
Untuk sos cili,

  • D gunakan sos cili Maggi yang D bancuh dengan air panas dan tambahkan dengan sedikit gula. Agar sosnya tidak terlalu pekat.
Cara menyediakan Doh Roti
  • Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
  • Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
  • Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
  • Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
  • Bahagikan doh kepada 70 gram untuk membuat Mixed Vegetable Bread. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
  • Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
  • Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
  • Bakar hingga masak.
Nota:
  • Boleh juga masukkan kesemua bahan dalam breadmachine dan tekan DOUGH untuk menguli adunan roti.

0 comments:

Post a Comment