BUBUR PULUT HITAM


Bubur2

Black Glutinous Rice. Khas untuk mereka yang menggemarinya.

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 300 gm Pulut Hitam
  • 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
  • 1 tin santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan (kalau ada)
  • segenggam sagu (kalau suka)
  • susu segar
  • sedikit garam (hujung sudu kecil)

Cara-cara

  • Rendam pulut hitam semalaman
  • Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
  • Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
  • Masukkan daun pandan yang disimpul.
  • Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
  • Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)
  • Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
  • Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.

0 comments:

Post a Comment