MOIST CHOC CAKE


Kek_cekelat

kek yg betul2 moist, resipi asal dari buku saji(kalau tak silap).. untuk menambah koleksi resipi kek coklat

Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara

  • Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  • Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang.
  • Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  • Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  • Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  • Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  • Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2.
  • Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.

Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

0 comments:

Post a Comment