NASI AYAM MADU


Nasi_ayam

cepat,mudah dan sedap


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • [hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara-cara

  • Bersih ayam. Potong ikut suka
  • Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  • Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  • Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  • Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh

Untuk sos kicap.

  • Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

0 comments:

Post a Comment