suka makan masa duk study utm dulu...senang dan sedap
Bahan-bahan ( 2 orang makan )
- 3 bahagian peha ayam boneless
- garam secukup rasa
- serbuk kunyit 2 sudu besar
- setengah paket sayur campur- brokoli, kacang panjang,cendawan, carrot,bunga kobis
- * bagi sesiapa yang tak jumpa sayur campur segera ni bulehlah sediakn sendiri sayur-sayuran tadi mengikut kesesuaian selera masing2
- 1 labu bawang besar- dihiris agak tebal
- 1/2 cawan minyak masak
Cara-cara
- potong ayam kecil2 ikut saiz yang di kehendaki
- gaulkan bersama garam dan juga serbuk kunyit biar sebati
- panaskan minyak dalam kuali. gorengkan ayam tadi sehingga ia sedikit garing. sentiasa kacau untuk dapatkan garing sekata kerana minyak yang digunakan tidak terlalu banyak
- setelah ayam agak garing masukkan bawang besar diikuti dengan sayur campur
- kacau sehingga sayur masak tapi jangan terlalu lama nanti hilang khasiat sayur
- okes dah siap. buleh makan dengan nasi panas2 macam dalam gambar tu....selamat mencuba

































0 comments:
Post a Comment