NASI JAGUNG


Nasi_jagung1

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • sedikit garam
  • kisar bahan yg bertanda *

Cara-cara

  • basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
  • panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
  • masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
  • stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
  • stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
  • ***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.

0 comments:

Post a Comment