Berry cream cheese muffin

Muffin

Raspberry boleh juga diganti dengan blueberry atau kismis

Bahan-bahan ( 18 biji )

  • 150g cream cheese
  • 150g mentega tanpa garam
  • 110g gula halus
  • 3 biji telur
  • 120g raspberry
  • 30g wulnut

[ Ayak]
  • 160g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  • Biarkan cheese dan mentega pada suhu bilik
  • Naikkan suhu oven pada 180c
  • Ambil 1 sudu besar tepung gandum dan gaulkan dengan raspberry. Ketepikan
  • Pukul cheese dan mentega sehingga lembut.
  • Masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang
  • Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul
  • Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Gaul sehingga sebati
  • Isikan 2/3 cup muffin dengan adunan tadi. Kemudian letaklah berry dan juga walnut. Buatlah sampai habis
  • Bakar selama 25-30 minit

0 comments:

Post a Comment