Roti bawang besar. Non butter, non oil. Sesuai untuk sesape nak diet.
Bahan-bahan ( 2 biji )
* Bahan A *- 125g tepung roti
- 2 sk dry yeast
- 2 1/2 sb gula
- 100ml air suam(40C)
* Bahan B *
- 125g tepung roti
- 1/2sk garam
- *******************************
- 150g bawang besar- dicincang
- 1sk parmesan cheese
- telur untuk sapu
Cara-cara
- Masukkan bawang besar ke dalam mangkuk. Tanpa ditutup, masukkan ke dalam microwave. Panaskan/masakkan selama 4 minit.
- Untuk membuat roti pula, masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati.
- Kemudian masukkan pula bahan B. Kacau biar rata.
- Keluarkan adunan dari mangkuk dan letakkan ke atas papan canai. Uli selama lebih kurang 10-15 minit.
- Masukkan semula adunan ke dalam mangkuk. Penaik sehingga 2 kali ganda- lebih kurang 20 minit. Kemudian buat finger test- tekan dengan hujung jari pada adunan. Kalau berbekas(jadi lubang) maksudnya roti dah naik.
- ***Bagi yang ada breadmaker boleh masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali bawang dan cheese. ON kan. Ikut arahan breadmaker.
- Bila dah siap/ dah naik. Tumbuk adunan untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Buatkan bentuk bulat. Tutup dengan kain lembab. Rehatkan selama 10 minit.
- Canaikan biar jadi 20X25 cm. Masukkan bawang dan juga cheese. kemudian gulung.
- Belah 2 roti tadi dengan meninggalkan 2cm pada hujungnya. Kemudian buat bentuk silang seperti dalam gambar.
- Penaikkan untuk kali kedua selama 20 minit atau 2 kali ganda.
- Sapukan dengan telur
- Bakar dengan avon selama 15 minit pada suhu 180C
0 comments:
Post a Comment