Pannacotta gula melaka


Pannacotta

rasa macam puding tapi lebih pekat/padu


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1/2(100ml) cawan susu segar
  • 1(200ml) cawan fresh cream
  • 20g gula melaka
  • 7g gelatin powder + 1/4cwn(50ml) air

*Sirap*
  • 40g gula melaka
  • 1/4(50ml) cawan air

Cara-cara

  • Masukkan susu segar, fresh cream dan gula melaka ke dalam periuk.
  • Sambil dikacau panaskan sehingga nampak mendidih. Kemudian tutupkan api.
  • Masukkan pula gelatin yang telah dicampur dengan air.
  • Kacau sehingga gelatin hancur.
  • Sejukkan periuk ke dalam bekas yang mengandungi ketulan ais dan air sambil dikacau sehingga sejuk.
  • Masukkan ke dalam acuan yang sesuai, sejukkan selama 1 jam.

Untuk buat sirap

  • Masakkan gula melaka dengan 1/4 cawan air.
  • Panas sehingga mendidih.
  • Letakkan sirap ke atas pannacotta yang telah beku/ keras

0 comments:

Post a Comment