pasta berkuah


Webcam_007

resepi asal mee rebus dari mama.simple tp sedap..cubalah


Bahan-bahan ( 2 )

  • 3 ulas bwg putih-ketuk
  • ayam satu ketul-potong kecil2*
  • daging*sebesar kotak mancis
  • udang-besar 2 ekor*
  • carrot -potong memanjang
  • celery-potong halus
  • satu biji tomato
  • 1 kiub ayam
  • lada hitam-tumbuk halus
  • 1 biji telur rebus
  • pasta-150g utk 2 orang makan, kalau nk guna mee kuning lagi sedap
  • garam, gula secukup rasa
  • (bahan2 * ikut suka nak banyak lagi sedapppp)

Cara-cara

  • rebus pasta dgn air mendidih selama 10 minit.campurkan sedikit garam dan minyak zaitun.minyak biasa pun boleh
  • rebus ayam dan daging sampai mendidih.air rebusan ni akan dijadikan kuah
  • tumis bawang putih hingga naik bau-jgn hangit takut pahit
  • masukkan ayam, daging yg dah direbus, udang- masak sebentar- baru masukkan carrot dan celery.
  • masukkan tomato yg dah dihiris, kiub ayam.masak sebentar baru masukkan air rebusan tadi
  • tambah garam( kalau guna kiub ayam letak sikit sj takut darah tinggi..),gula dan lada hitam
  • masukkan pasta/ mee kuning mas nak hidang, takut pasta /mee jd lembik, makan dgn telur rebus

0 comments:

Post a Comment