POPIA GORENG


Popia

Sedap dimakan panas-panas..

Bahan-bahan ( 14 ketul )

  • 14 keping kulit popia
  • 1 cawan sayur campur
  • 1 cawan isi ayam
  • 1/2 bawang besar dipotong dadu
  • 1/2 kiub ayam
  • minyak untuk menumis dan menggoreng
  • sedikit air
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara

  • Hiris isi ayam nipis-nipis
  • Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau
  • Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak
  • Masukkan sedikit air
  • Kemudian masukkan kiub ayam
  • Masukkan serbuk lada sulah
  • Masukkan sayur campur
  • Goreng lagi dalam 2-3 minit atau sehingga air kering
  • Ambik sekeping kulit popia. Letakkan inti yang dah siap tadi. Kemudian bungkus. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam. Buat sampai habis
  • Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan

0 comments:

Post a Comment