PUTRI SALAT

sumber: Buku Masakan Zarina/ Kak Delima (FRD)


Bahan-bahannya
  • 600gm beras pulut
Cara-caranya
  • Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 1 jam.
  • Toskan berasnya dan letak didalam loyang bulat 11 inci dan masukkan santan, air dan garam.
  • Santan dan air hendaklah sama parasnya dengan pulut, jika hendak lebihkan santan sikit sahaja supaya pulutnya tidak lembik bila dikukus.
  • Kukus sehingga ia masak, keluarkan loyang dari kukusan dan ditekan-tekan supaya pulut itu mampat.
  • Boleh ditekan dengan anak batu lesung yang dibungkus plastik dan ratakan.
Bahan untuk Serikaya
  • 6 biji telur
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 cawan air ) dikisar dan ditapis
  • 5-6 helai daun pandan )
  • 2 1/2 sudu makan penuh tepung gandum
  • 250 gram gula
  • sedikit garam
Cara-caranya
  • Kesemua bahan serikaya dimasukkan kedalam blender dan diblend sehingga sebati.
  • Masakkan sebentar diatas api yang sederhana sehingga adunan melekat sedikit di belakang senduk kayu dan cuba angkat. Adunan itu akan menunjukkan ia pekat sedikit.
  • Tuang diatas pulut yang telah dikukus tadi dan kukus sehingga ia masak. Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment