ROLL SOSEJ & SOS UNIK


Step_by_step_509

Sesuai untuk budak2, mak budak dan bapak budak......

Bahan-bahan ( 8 ketul )

  • 8 keping roti sandwich
  • 8 batang sosej ayam, celur dan toskan
  • 2 biji telur
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah
  • 2 camca besar bijan
  • 1 camca besar tepung gandum*
  • Sedikit air*(*disatukan hingga menjadi pes)
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS UNIK:-

  • 2 camca besar mayonise
  • 2 camca besar sos cili
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 10 biji jeruk capers, dicincang halus

Cara-cara

  1. Step_by_step_502
    ROLL SOSEJ:- Gelek setiap keping roti hingga leper dan nipis. Letak sebatang sosej dan gulung. Letak sedikit pes tepung pada hujung roti dan habiskan menggulung. Pes bertindak sebagai gam.
  2. Step_by_step_504
    Bancuh telur dan serbuk lada sulah, kacau hingga rata. Celup roti tadi dan gelek dengan sedikit bijan.
  3. Step_by_step_505
    Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama "sos unik".
  4. SOS UNIK:- Satukan semua bahan2 sos dan kacau hingga rata dan sebati. Hidangkan bersama roll sosej...Selamat mencuba...

0 comments:

Post a Comment