Sup Labu & Roti Bawang Putih


Step_by_step_506

Masakkan orang putih tapi sesuai juga untuk tekak2 orang tempatan...


Bahan-bahan ( 4 - 5 orang )


  • 200 g labu kuning, kupas dan potong kecil2
  • 100 g saleri, dipotong kecil
  • 100 g bawang besar, didadu
  • 100 g mentega
  • 50 g tepung gandum
  • 100 ml UHT Whipping Cream
  • 700 ml air
  • Sedikit garam, gula dan serbuk lada sulah
  • Hirisan parsley untuk hiasan
  • Beberapa potong roti perancis
  • 1 camca besar mentega + 1 ulas bawang putih, dicincang halus

Cara-cara

SUP LABU:-

  • Dalam periuk, panaskan mentega hingga cair, masukkan bawang besar dan goreng hingga layu, masukkan saleri dan labu.
  • Kacau goreng hingga wangi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata.
  • Tuang air dan kacau, masak dgn api perlahan hingga labu empuk, sambil terus mengacau. Padamkan api dan biarkan suam.
  • Kemudian kisar hingga halus.
  • Tuang dalam tapis dan tekan dgn spatula hingga menghasilkan puri yg halus.
  • Tuang dalam periuk dan masak kembali atas api perlahan.
  • Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk lada sulah, masak hingga pekat sedikit.
  • Akhir sekali masukkan UHT Whipping Cream dan gaul hingga rata.
  • Biar mendidih seminit dua dan boleh diangkat.
  • Tabur cincangan daun parsley sebelum dihidangkan bersama roti bawang putih.

ROTI BAWANG PUTIH:-

  • Sapu setiap keping potongan roti perancis tadi dgn bancuhan mentega dan bawang putih. Panggang atas kuali hingga garing dan wangi.
  • Hidangkan bersama sup labu tadi.

0 comments:

Post a Comment