ROTI KENTANG [ potato bread }


P1010782

Untuk Penggermar Roti

Bahan-bahan ( 10 biji bun kecil )

  • 135 ml air ais
  • 3/4 cmt garam
  • 30 gm mentega atau marjerin
  • 1/2 biji telur (dipukul sebentar)
  • 60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang)
  • 300 gm tepung roti/tepung protin tinggi
  • 3/4 cmb susu tepung
  • 50 gram gula
  • 2 cmt yis segera
  • Topping untuk membuat garisan kastad Tepung kastad segera (instant custard powder) Bancuh dgn air utk mendapatkan pes yg lembut
  • Kalau takde tepung custard segera tu buatlah cream custard mcm biasa dan jalurkan pada roti kentang nanti.

Cara-cara

  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 15 minit.
  • Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit.
  • Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
  • Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya seberat 30gm (tak timbang pun tak per, pakai agak2 jer la saiz tu).
  • Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit.
  • Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti tak melekat nanti lepas bakar. Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn aluminium foil pun boleh..
  • Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini).
  • Paipkan kastad ke atas roti. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit (tapi perhatikan juga sbb kalau dh nampak roti bertukar perang dan masak sebelum 20 minit tersebut, tutup sius dan biarkan roti masih di dalam oven hingga cukup masa 20 minit).

0 comments:

Post a Comment