ROTI SARDIN GULUNG


Roti-sardin

sedap dan rangup

Bahan-bahan ( 8 biji )

Doh Roti
  • 140ml air/ susu segar (suam atau suhu bilik)
  • 200g tepung roti
  • 8g butter
  • 20g gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
Inti sardin
  • 1 tin kecil sardin
  • 1/2 biji bawang besar- potong dadu
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil jus limau nipis/ kasturi
  • ubi kentang- potong dadu dan rebus 2/3 masak (optional)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam, gula secukupnya
  • breadcrumbs
  • telur
  • minyak utk menggoreng penuh

Cara-cara

  • Masukkan tepung, gula dan dry yeast ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan.
  • Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda
  • Tumbuk-tumbuk doh roti untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian
  • Rehatkan roti selama 10-15 minit.
  • Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan roti jadi bentuk leper. Buanglah sampai habis.
  • Biarkan roti naik 2 kali ganda.
  • Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.
  • Panaskan minyak. Celup roti dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs(serbuk roti). Goreng dengan api sederhana sehingga perang.
Utk Inti :
  • Tumis bawang besar sehingga layu.
  • Masukkan sardin yang telah dilenyek dengan garfu.
  • kemudian masukkan ubi kentang
  • Akhir sekali masukkan garam, gula, serbuk lada putih, jus limau . Adjust kan rasanya.
  • Bila dah siap bolehlah tutupkan api.

0 comments:

Post a Comment