ROTI TELUR


Pict0177

rrozie17@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5 biji agaknya )

  • bahan2 untuk dough boleh amik from roti canai guna setengah adunan sahaja
  • 3 biji telur - di goreng hancur separuh masak(mcm scrumble egg) bersama sedikit garam
  • 2 biji kentang saiz sederhana - rebus dan lenyekkan sedikit
  • 1 tangkai cili merah - dihiris nipis
  • sebiji bawang besar di hiris nipis
  • minyak secukupnya
  • Cara-cara

  • Pict0175
    canaikan dough hingga lembut dan liut. Kalau nak senang canai guna breadmaker ( button dough)...siap canai off kan breadmaker, bahagikan dough kepada 5-6 bahagian...bulat2kan dan rendam di dalam minyak sekurang2nya 1 jam dan seelok2nya semalaman... kalau nak hasil dough yang lebih baik dan elastik, boleh gunakan tepung roti.
  • campurkan telur, kentang bawang dan cili merah di dalam satu mangkuk
  • Pict0173
    tebarkan dough roti yg telah ready untuk digunakan...kalau anda pro boleh ler tebar stail mamak...tapi kalau anda tak biasa boleh ler guna cara saya dengan menarik2 tepung di atas sebuah pinggan lebar/tray...pastikan adunan tepung tidak koyak
  • letakkan campuran telur, kentang, bawang dan cili tadi di tengah2 adunan yang telah di tebar...percikkan sedikit minyak atau mentega di atas nya dan lipat tepung menutupi semua permukaan campuran telur tadi seperti melipat kain
  • panaskan kuali dengan sesudu minyak...goreng roti telur tadi hingga kekuningan...ulang proses yang sama hingga selesai kesemua 6 bahagian
  • enak dimakan bersama kuah kari...( banjir) kali ini sy mkn bersama kari ikan salmon...cubalah!!!

0 comments:

Post a Comment