Roti World

Roti_world

zaliana@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 biji roti )

Untuk roti.
  • 170ml air suam
  • 250 gm tepung high protein (2 cawan)
  • 65 gm tepung gandum (1/2 cawan)
  • 2 sudu besar lemak sayur
  • 3 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • *semua sukatan di paras
Untuk sup krim ayam.
  • 1 biji bawang besar di mayang
  • 3 ulas bawang putih di ketuk
  • 100 gm ayam dicincang
  • 250 ml susu full cream
  • 2 sudu besar tepung jagung + 1 cawan air
  • Sedikit Italian herbs,lada sulah dan garam secukup rasa.

Cara-cara

Cara buat roti.
  • Masukkan semua bahan dalam bread maker,pilih option doh.Boleh juga diuli dengan tangan
  • 6
    Keluarkan doh dari bread maker, bahagi kepada 2.
  • Setiap bahagian lebih kurang 200 gm.Bentukkan bulat dan letak dalam dulang pembakar yang disapu marjerin.Biar doh naik selama 40 minit.
  • Doh yang naik menyebabkan bentuk bulat jadi leper.Bentukkan jadi bulat semula.
  • bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 160 celcius selama 30 minit atau hingga luar kulit roti jadi coklat.
  • 7
    Potong bahagian atas roti dengan pisau.
  • 5
    Korek bahagian dalam roti.Jangan sampai tembus ke bawah. Isi roti ni boleh guna untuk cicah dengan sup .
Cara menyediakan sup krim ayam.
  • Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  • Masukkan ayam cincang,tunggu hingga ayam masak.Masukkan Italian mixed herb,lada sulah dan garam.
  • Masukkan susu full krim dan bancuhan tepung jagung.Masak hingga mendidih.Tutup api.
  • Blend dalam blender.
  • Tuang sup ke dalam roti.Lebih sedap jika masukkan sup krim yang masih panas.Hidangkan segera.

0 comments:

Post a Comment