SALMON STEAK DGN SOS


Salmonsteak

Senang nak masak ni... sos boleh diguna utk ayam, pasta, dll. Ini masakan french yg ada ciri-ciri asian sbb ada nasi.


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar)
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • *1 cawan mashed potatoes atau nasi putih (I guna nasi jepun, tanpa cuka) >> bagi yg suka mkn nasi, masak lah lebih sikit.

Bahan-bahan untuk sos

  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara

Sediakan sos dulu:

  • Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  • Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
  • Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
  • Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.

0 comments:

Post a Comment