SAMBAL BELACAN MEMPELAM

No picture

sesuai bagi penggemar buah pelam(buah mangga)

Bahan-bahan ( hidangan 2 @ 3 orang )

  • 6 biji lada merah (kalu suka pedas boleh tambah bilangan lada)
  • 1/2 bhgn belacan bulat yg besar (ikut suka cap apa)
  • 1 biji buah pelam sederhana besar (pastikan setengah masak)
  • gula secukup rasa

Cara-cara

  • 1/2 bhgn belacan perlu di bakar terlebih dahulu sehingga naik bau..tapi jgn sampai hangus.
  • kemudian buah pelam tadi di kupas kulit dan di racik halus atau potong dadu(sederhana besar)
  • tumbuk lada merah hingga lumat bersama belacan yg telah di bakar td..letak gula sedikit (dalam 1 sudu kecil)
  • setelah sambil betul2 sebati..keluarkan dalam mangkuk,masukkan pelam kemudian gaul hingga rata(di tekan2 sedikit supaya jusnya keluar)
  • sesuai di hidang sewaktu makan tengahari bersama dengan sedikit ulam-ulaman kesukaan anda.. selamat mencuba..pasti nak lagi..

0 comments:

Post a Comment