Jemput-jemput ikan bilis


Jemput-jemput

cekodok ikan bilis


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar olive oil(apa2 minyak masak pun ok)
  • 5 batang daun bawang
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 bawang besar- hiris
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  • Campur semua bahan-bahan di atas. Kalau tercair tambahkan sedikit tepung dan begitu juga sebaliknya.
  • Panaskan minyak. Bila dah panas, kaup sikit2 adunan dengan sudu dan masukkan dalam minyak panas.
  • Goreng sehingga kuning/perang.

0 comments:

Post a Comment