SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

Sambalpetai

Ini resepi mama saya & makanan kegemaran keluarga. Sesiapa yang suka makan petai, pasti akan jatuh cinta dgn resipi ini :o) -


Bahan-bahan ( 2 org makan )
  • segenggam besar ikan bilis yang telah dibersihkan (boleh beli di pasar)
  • segenggam besar bawang merah - dimayam (terlebih skit takpe, sambal semakin sedap)
  • seulas bawang putih - dimayam
  • 1 1/2 sudu besar cili boh @ cili kering yg telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali beberapa cilipadi)
  • santan dari 1/2 biji kelapa parut (untuk santan pekat, diperah dgn secawan air saja). kalau ikan bilis lagi byk, ambik santan dari sebiji kelapa.
  • sebiji bawang besar - dimayam
  • petai dibuang kulit (kuantiti ikut selera anda)
  • garam
  • minyak masak

Cara-cara

  • panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga layu (tapi tidak garing)
  • masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayam. goreng untuk 2-3 minit atau hingga layu, dan tambahkan cili boh, goreng untuk 2 minit. kacau hingga sebati kesemua bahan2.
  • masukkan santan dan bawang besar, kacau hingga sebati
  • masukkan garam sedikit sahaja dan petai, kecilkan api dan tutup kuali
  • kacau sekali sekala. pastikan api kecil. setelah pecah minyak, semuanya masak. Dihidang dgn nasi panas atau roti bom
  • resipi ini perlukan sedikit sahaja garam kerana semakin lama diatas api, air ikan bilis akan turun dan sambal akan masin akhirnya

0 comments:

Post a Comment