SATE AYAM


Picture_687

1st time buat setelah teruja dgn kwn yg biasa buat tp resepi ni cr sendiri melalui internet(diubahsuai sedikit)..good feedback fr family...


Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 400gm daging ayam tanpa tulang-dipotong kecil2
  • 1/2 sudu teh garam
  • 40gm gula
  • lidi sate (direndam dgn air)
  • 3 sudu besar minyak
Bahan dikisar:-
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 biji buah keras
  • 1 cm lengkuas
  • 1/2 sudu besar ketumbar-disangrai
  • 1/2 sudu teh jintan manis-disangrai
  • 1/2 sudu teh jintan putih-disangrai
  • 2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
  • 4 sudu besar santan (jun guna susu cair sbb santan x d, hehe)
  • 1 batang serai
  • 1 btg serai dititik-buat merenjis sate

Cara-cara

  • Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam. (jun perap 1 semalaman).
  • Cucuk ayam pada lidi sate.
  • lebihan bahan perap tadi dicampur dgn 3 sudu minyak tadi dan renjis gunakan serai yg ditik semasa membakar sate.
  • bakar hingga masak dan hidangkan dgn nasi himpit dan kuah kacang.

0 comments:

Post a Comment