SHEPHERD'S PIE


Img_9754

Best giler. Kesukaan staff kat opis saya ni. Thanks to kak Siti Mistima kerana sudi kongsi resepi ni.

Bahan-bahan ( 2 orang )

#Bahan untuk Inti#
  • 250 gram Minced beef
  • 100 gram mushroom (kalau ada budget lebih sedap guna fresh mushroom jenis portabello, kalau susah button mushroom yg dalam tin pun ok)
  • 1 biji bawang besar yg kaler kuning (Potong dadu)
  • 2 sudu besar Mushroom cream brand Campbell
  • Boleh juga masukkan sayur2an lain spt celery, carrot atau brocoli.

#Topping#
  • Mashed potato (ikut resepi Yani) atau boleh juga pakai instant potato
  • Mozarella Cheese

Cara-cara

  • Goreng bawang sampai agak layu.
  • Masukkan cendawan (step ni kalau guna cendawan fresh) kalau tak skip ke step seterusnya.
  • Masukkan minced beef, goring agak2 nak kering..
  • Masukkan krim mushroom, kalau daging tu liat tambah air sikit, masak sampai jadi pekat and agak kering.
  • Masukkan cendawan dan sayuran2an lain.
  • Perisakan. Tapi biasanya tak perlu letak garam sebab cream mushroom tu dah masin.
  • Ketepikan..
  • Letak inti dekat base loyang ke corningware ke atau bekas aluminium foil cam yg saya guna tu pun ok.
  • Letak mashed potato , taburkan mozzarella cheese
  • Bakar dlm oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cair kan cheese. (Biasanya dlm 10-15 minit je)
  • Sedap dimakan panas2.

0 comments:

Post a Comment