Somtam


Somtam

resepi asal guna betik dan mempelam. Tapi kat sini susah nak cari semua tu.. So saya gunakan kulit tembikai.. bila makan rasanya lebih kurang rasa betik la..


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 150g kulit tembikai
  • 1/3 batang lobak merah
  • 2-3 batang kacang panjang
  • 3 sudu besar udang kering

[ Bahan untuk dressing ]
  • 2 ulas bawang putih
  • 10-15 biji peanut
  • 2-3 sudu besar nam pla (sos ikan)
  • 1 biji lemon- ambik jusnya
  • 1-2 batang cili padi
  • 1 sudu besar gula
  • tomato ceri

Cara-cara

  • Buang kulit hijau tembikai. Potong halus memanjang atau sagat memanjang. Sama juga dengan lobak merah.
  • Potong kacang tanah lebih kurang 3-4cm. Rebus sekejap.

Sediakan dressing.

  • Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak payah tumbuk.. biar pecah2 sedikit saja. kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
  • Pastu gaullah dengan kulit tembikai, kacang panjang dan lobak merah yang dipotong tadi. Masukkan juga tomato ceri.
  • Siap untuk dimakan. Lagi sedap jika disimpan dalam peti ais selama setengah hari sebelum dimakan.
  • ****Resepi ni sesuai juga utk gantikan kulit tembikai dengan mempelam atau betik.***

0 comments:

Post a Comment