TAPAI PULUT


Tapai

sedap dimakan ketika sejuk bersama kelapa parut

Bahan-bahan ( 12 org makan kot )

  • 1 kg beras pulut
  • 1/2 biji ragi- ditumbuk halus
  • daun pisang @ daun getah @ daun keladi kalau tak ada bekas plastik pun boleh

Cara-cara

  • tanak pulut. untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan
  • apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan
  • tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi, kemudian terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena,
  • setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang, peram 2 hari

0 comments:

Post a Comment