TOM YAM


Tomyumm

Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara

  • Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  • Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  • Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  • Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  • Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  • Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.

0 comments:

Post a Comment