AYAM KALIO


Ayam_kelio

wanie@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6-7 orang )

  • seekor ayam
  • halia 1cm(lebih kurang) dikisar
  • 4 biji bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1/2 cm kunyit dikisar ( ni nak bagi balance supaya kurang risiko kena sakit jantung sebab makan santan banyak)
  • 2 batang serai(diketuk)
  • 3 keping daun limau purut(nak lebih boleh tapi jgn banyak sangat nanti maung)
  • 2 keping asam gelugor (kalau nak masam letak lebih, biasanya saya letak lebih sebab saya suka masam)
  • Cili kisar(cili boh pun boleh, tapi nak sedap elok guna cili kisar sendiri sebab takde bahan campuran lain)
  • 1 1/2 biji santan kelapa (nak guna sebiji pun boleh saya suka buat kuah pekat)
  • cili api (tambahan kepada sesiapa yang nak pedas)

Cara-cara

  • Satukan semua bahan yang dikisar bersama santan, serai dan cili kisar
  • Masukkan ayam
  • Kemudian jerang atas api, kacau santan supaya tak pecah minyak
  • Masukkan daun limau purut
  • Bila santan dah separuh masak, masukkan asam keping dan masak sehingga santan betul-betul masak
  • P/S: Kalau nak lauk bersantan tahan lama, masakkan santan lama-lama barulah lauk ni tahan lama
  • Biasanya kalau saya masak ayam kalio ni, saya akan pastikan masakan ni pedas dan masam sikit baru ada ummph.

0 comments:

Post a Comment