BINGKA LABU

World_of_cooking_009

Mat Gebu@myresipi.com

Bahan-bahan ( Acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm )

  • 5 biji telur Gred A
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus
  • Cara-cara


  • World_of_cooking_005
    Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
  • World_of_cooking_006
    Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
  • World_of_cooking_007
    Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
  • World_of_cooking_008
    Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

0 comments:

Post a Comment