SAGU KARAMEL


Sagu_karamel_ready

Pencuci mulut yg simple, murah dan menyelerakan! (ada yg panggil puding sagu kalau x silap...)

Bahan-bahan ( 8-10 [ikut saiz bekas] )

Untuk sagunya:
  • 120g sagu
  • 370ml air
Untuk karamelnya:
  • 80g gula halus
  • 100ml air
  • Sehelai daun pandan disimpul (optional)
Untuk bhg atasnya:
  • 100ml susu cair / 100ml santan pekat + sedikit garam (kalau guna santan, blh dididihkan terlebih dahulu)
Nota:
  • sukatan utk karamel dan susu/santan tu boleh ditambah (atau dikurangkan), sbb sstgh orang tu suka letak susu & karamel byk.

Cara-cara

  • cara buat karamel macam biasa iaitu dgn cara yg sama buat gula hangus (tambah daun pandan supaya wangi). Bila dah siap karamel, sejukkan dulu samada dlm mangkuk atau terus ke dlm setiap bekas/gelas (dlm 2sdb atau ikut saiz bekas).
  • Masakkn sagu + air hgga masak (warna kejernihan). Bila dah masak, tutup api dan masa tgh2 lembik tu, masukkan dlm bekas/gelas yang berisi karamel tadi dan tuangkan pula susu cair di atasnya. Boleh dihidangkan sejuk atau begitu sahaja (tapi kebiasaannya yg sejuk lg sedap).
  • Cadangan hidangan (semasa open house & etc):- Sagu yg dimasak diletak dlm mangkuk besar cam pyrex tu ke (ratakan bhg atas supaya nmpk cantik) dan sediakan senduk kecil (utk tetamu cedok). Letakkan karamel dlm satu bekas (beserta dgn sudu besar) dan susu cair dlm teko kecil, serta sediakan mangkuk kecil & sudu kecil (utk tetamu guna bila nk makan dessert ni). Mudah dan boleh dpt byk.

0 comments:

Post a Comment