BUN KACANG MERAH


Step_by_step_033

Mat Gebu@myresipi.com

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 120 ml air
  • 250 g tepung roti
  • 30 g telur
  • 10 g susu tepung
  • 40 g mentega
  • 40 g gula kastor
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh bread improver dan 1/2 camca teh bread softerner (optional)

BAHAN2 LAIN:-

  • Inti kacang merah secukupnya
  • Sedikit mentega utk disapu

Cara-cara

  • Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "BAHAN2 LAIN", ke dalam bread maker. Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.
  • Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.
  • Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit). Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.

0 comments:

Post a Comment