KARI IKAN ALA KAPITAN


22052007297

Sesuai untuk dimakan dgn nasi, roti canai/prata dan roti biasa....

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus)
  • 3 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah "babas")
BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
BAHAN2 LAIN:-
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus

Cara-cara

  • Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  • Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  • Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  • Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.

0 comments:

Post a Comment