Daging Black Pepper

Daging_black_paper_myr

nor_67@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara

  • Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat.
  • Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  • Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  • Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama.
  • Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  • Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj.
  • Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah.
  • Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati.

Peringatan:
  • garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  • Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih.
  • Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

0 comments:

Post a Comment