Seafood Pasta Olio


Mamam_005

Cedok dr sini - sana... jadilah iye


Bahan-bahan ( 2 org )

  • Ambil segenggam pasta - saya guna fettucini (rebus dlm air menggelegak, bila dah lembut, masukkan satu sudu nimyak, agar pasta tidak melekat) dan tapiskan
  • Rebus fishball, salmon ball dan udang sampai masak (jgn lama sgt untuk udang).
  • Boleh ditambah seafood lain spt sotong, crabstick dll. Tapiskan
  • 2 biji bawang putih- potong dadu / cincang
  • Carrot , capsicum dan fresh cendawan butang - potong ikut suka (kalau suka mkn sayur , boleh letak byk)
  • 3 sudu besar miyak zaitun
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Parmesan cheese dan serbuk kepingan cili (chili flakes) untuk hiasan

Cara-cara

  • Panaskan minyak zaitun dlm kuali dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan
  • Masukkan seafood tadi dan kacau rata
  • Masukkan sayur, garam dan lada sulah. Tutup dgn tudung kuali dan kacau sekali sekala
  • Letak sedikit air (if kering sgt) / atau tambah minyak zaitun. Rasa kalau dah cukup masin nye
  • Hidangkan panas... Tabur parmesan cheese, chili flakes dan lada sulah ... Sedia untuk di makan
  • * Amat mudah untuk ibu2 yg busy, student yang nak cepat dan org bujang yg rajin masuk dapur.. Selamat Mencuba

0 comments:

Post a Comment