DORAYAKI


Dorayaki

kueh doraemon. anak2 suka..(lupa lah dapat dari mana..internet kot)

Bahan-bahan ( 10biji )

  • 120gm tepung serbaguna (all purpose la tu)
  • 175gm gula castor
  • 1/2 sudu teh baking powder dicampur dalam 4-5 sudu besar air
  • 3 biji telur

Cara-cara

  • Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan campuran air dan baking powder tadi kedalam campuran telur dan gula. Pukul.
  • Masukkan tepung..Pukul sebati.
  • Panaskan kuali..(seeloknya guna non-stick pan tu)..sapu minyak sedikit (mcm buat kuih gulung tu). Tuang satu scoop adunan tadi.(ikut saiz yg disukai)
  • Biar perang sedikit. angkat. Biar sejuk. Akhir sekali isi jem k, kaya k..lapik dua. Sedia untuk di makan..

0 comments:

Post a Comment