PUDING CARAMEL MOLY


Puding

Resepi yang amat mudah bagi mereka yang baru hendak belajar buat puding

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 tin susu cair Ideal
  • 4 biji telor ayam sederhana besar
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar esen vanilla

Cara-cara

  • Mula-mula masakkan 1 cawan gula bersama 1/2 cawan air ke dalam periuk @ kuali dengan api besar sehingga keperang-perangan. Kemudian letakkan ia ke dalam loyang, tepikan.
  • Masukkan 4 biji telor dan 1 tin susu cair ke dalam mangkuk dan kacaukan hingga sebati, tetapi jangan pukul sampai kembang.
  • Apabila dah sebati, masukkan esen vanilla untuk menaikan aromanya dan kacau.
  • Oh ya! Jangan lupa untuk menyediakan periuk untuk mengukus pudingnya.
  • Setelah itu, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang berisi air gula tadi dan kukus dalam masa 20 minit dengan api besar @pun 45 minit dengan api sederhana.
  • Akhir sekali bila dah siap masak, ketepikan biar sejuk sedikit dan boleh la dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment