Jala emas (urat emas)


Myresepi_jala_mas

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
  • 400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)
  • 2-3 helai daun pandan
  • 4 cawan air
  • Daun pisang untuk dibuat corong

Cara-cara

  • Tapis kuning telur dan pukul sedikit
  • Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih.
  • Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit.
  • Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
  • Angkat dan ’tos’kan.
  • Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
  • Hidangkan
  • p/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.
  1. Dsc01591
    Nih corong dari daun pisang yg lela buat

0 comments:

Post a Comment