Puding Raja

R0012241

Bahan-bahan ( 15-20 orang )

  • 2 tin susu cair (dicampur sedikit air)
  • 2 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 5 sudu besar gula (atau mengikut kemanisan sendiri)
  • sesikat pisang lemak manis yang kulitnya baru sedikit kuning dibuang kulit dan digoreng dengan minyak sehingga kekuning-kuningan lalu ditoskan.
  • 1/2 paket prune
  • 1 paket gajus masin
  • 1 tin cocktail

Cara-cara

  • susu cair bersama gula dan garam dikacau di atas api perlahan sehingga sedikit mendidih lalu dicampur dengan tepung kastard yang sudah dibancuh.
  • kacau lagi sehingga mendidih sedikit lalu di campur dengan cocktail. Agak mendidih sedikit dicampur buah prune dan diangkat.
  • Di dalam bekas yang sesuai diatur pisang lemak manis yang telah digoreng tadi lalu dituangkan bahan yang telah dimasak tadi ke atasnya. Akhir sekali biji gajus masin ditabur di atasnya.
  • Setelah agak sejuk disimpan dalam peti sejuk sehinggalah waktu menghidangnya.

0 comments:

Post a Comment