KUEH TEOW


Kteow

Home made kuey toew. Mari buat kuey toew sendiri...


Bahan-bahan ( satu kilo )

  • 350 tepung gandum
  • 150gm tepung beras
  • 1 biji putih telor
  • 200 ml air
  • tepung ubi secukupnya
  • minyak secukupnya
  • air untuk merebus
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Kteow-bahan
    Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkok adunan dan uli doh. Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya)
  2. Kteow-letak_minyak
    Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih
  3. Kteow-masuk_dlm_mesin_pasta
    Abil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no1 dan putar (makin banyak tepung maka akan lebih panjang kuey teownya)
  4. Kteow-spin_nipis
    Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (saya buat sehingga no4 atau no5)
  5. Kteow-taburtepung
    Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua aduna habis diputar nipis
  6. Kteow-potong
    Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow)
  7. Kteow-jgn_melekat
    Terus memotong sehingga adunan habis
  8. Kteow-rebus
    Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit2 atau muat tapisan-periuk)
  9. Kteow-timbul
    Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul - angkat dan toskan
  10. Kteow-tos-minyak
    Letakkan kuey teow yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuey teow sedang panas. Jika tidak kuew teow akan melekat antara satu dengan lain)
  11. Kteow-sejukkan
    Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuey teow sebelum disimpan atau digunakan

0 comments:

Post a Comment