KERABU TAUGEH


Dscn0705

sherry_mz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Sebungkus taugeh (dlm 50sen kalau kat msia)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 7 biji cili padi (dihiris)
  • Seinci belacan (dibakar)
  • Sedikit udang kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam biji
  • 2 sudu makan air perahan lemon/limau
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  • Taugeh/pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak.
  • Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
  • Hiris halus bawang merah & cili padi.
  • Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
  • Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh/pucuk paku. Gaul rata.
  • Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
  • Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas.

0 comments:

Post a Comment