Khas dari dapur Baba dan Nyonya Melaka
Bahan-bahan ( 7 inci x 7 inci x 3 inci )
- 100 g tepung beras*
- 100 g tepung sagu*(*disatukan dan diayak)
- 200 g gula pasir
- 250 ml air
- 360 ml santan pekat
- 3 helai daun pandan
- Sedikit pewarna merah dan hijau
Cara-cara
- Masak gula bersama air dan 2 helai daun pandan. Biar hingga gula larut.
- Sejukkan dan tapis. Ketepikan
- Dengan menggunakan wisk, kacau tepung bersama santan sehingga rata, masukkan air gula tadi.
- Gaul hingga sebati dan tapis adunan.
- Bahagikan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
- Warnakan satu dgn warna hijau, satu lagi dgn warna merah dan biarkan satu lagi dgn warna asal (putih).
- Panaskan kukusan, masukkan baki 1 helai daun pandan tadi ke dalam air kukusan.
- Sapu tin kek dgn sedikit marjerin pada dasar dan tepi.
- Panaskan tin dalam kukusan terlebih dahulu (lebih kurang 5 minit).
- Bahagi adunan putih kepada dua bahagian yg sama banyak.
- Tuang adunan putih ke dalam tin yg telah dipanaskan tadi (tanpa mengeluarkan tin dari kukusan). Tutup dan kukus 5 minit dgn api besar.
- Kemudian buat kaedah sama ukt warna hijau, kukus 5 minit lagi dan kemudian sama juga utk warna merah.
- Resepi ini akan menghasilkan 6 lapisan iaitu putih, hijau, merah, putih, hijau dan merah (akhir).
- Untuk lapisan terakhir (merah) kukus 10 minit. Tujuan utk menerbitkan minyak dari santan supaya kuih nampak berkilat.
- Bila masak biarkan betul2 sejuk baru dipotong. Selamat mencuba....




































0 comments:
Post a Comment